“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Saturday, February 5, 2011

Perangai Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sentiasa mengkitu perkembangan blog saya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa di atas nikmat yang diberikan. Amin...


Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua kaum Cina. Semoga tahun arnab yang diraikan memberikan kebaikan kepada semua mengikut kepercayaan anda.


Pada pertemuan kali ini, saya akan terus mengupas isu yang sentiasa melingkari kehidupan kita seharian, iaitu kisah Perangai Cinta. Setiap manusia diciptakan dengan perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain, baik sesama manusia, kepada tumbuhan, haiwan, atau pun barang kepunyaan peribadi. Yang pastinya CINTA kepada Allah adalah kekal selamanya. Perasaan kasih sayang ini selalunya lahir dari deria-deria yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Ada org datang perasaan cinta disebabkan pandangan, ada juga dengan hanya mendengar dia boleh jatuh cinta. Bagi org buta, mgkn perasaan cinta itu lahir dr sentuhan. Semuanya anugerah Allah kepada hamba-NYA. Tapi, perasaan cinta juga adalah ujian drpd Allah SWT. Ada yang merasa nikmat kebahagiaan dalam percintaan dan ada juga yang menanggung derita setiap kali bercinta. Pada kali ini, saya akan mengupas isu cinta berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pemerhatian terhadap sekeliling iaitu sebelum, semasa dan selepas becinta samada ia memberikan nikmat kebahagiaan atau pun derita, tidak lain tidak bukan dengan niat hanya utk memberi perspektif baru kepada kita dan tdk hanya mencari salah apabila sesuatu yang buruk berlaku. Ikuti cetusan minda saya di bawah. "CETUSAN MINDA, MENGUBAH PERSPEKTIF"!!!! :-


SEBELUM BERCINTA


Pada kebiasaannya, sebelum bercinta pihak lelaki yang terlebih dahulu memulakan langkah. Sifat 'jantan' lelaki  akan memulakan segala langkah ke arah perasaan yang lebih cocok. Kaum perempuan biasanya akan berada di zon selamat agar orang sekeliling tidak menggelarkan diri mereka gatal atau terhegeh-hegeh. Lebih tepat lagi kita gelarkan mereka ini 'Mahu Tapi Malu'. Tapi tidak keberatan juga untuk saya katakan bahawa ada juga segelintir kaum perempuan yang memulakan langkah ke arah feeling heart. Tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa permulaan ke arah percintaan ini akan bermula dengan sifat malu dan berdebar, takut perasaan yang diluahkan ditolak. Itu perasaan biasa. Tapi bagi seorang yang bergelar playboy, smua itu tidak menjadi masalah. kalo rusa masuk perangkap, senyum kambing la jawabnya. Tapi, kalo perangkap yang dipasang tidak mengena, lupakan saje. Banyak lagi mangsa...Tidak kira la lelaki atau perempuan.


Perasaan cinta ini biasanya berlaku pada pandangan pertama. Antara berani dan tidak sahaja akan memungkinkan langkah seterusnya. Tidak juga keterluan untuk mengatakan bahawa perasaan itu datang melalui pendengaran. Biasanya ini berlaku ketika panggilan wrong number, jurujual yang menghubungi customer dan lain-lain. Boleh juga berlaku kerana kepetahan lidah berbicara membuatkan si pendengar teruja dan minat. Kadang-kadang sentuhan juga menyebabkan aura magnet semulajadi itu menusuk ke lubuk hati. Maka lahirlah perasaan kasih dan sayang. Merasakan si dia mengambil berat dan boleh menjadi teman yang baik kepada kita.


Bagi mereka yang telah biasa dengan alam percintaan, agak mudah untuk mendambakan perasaan kepada pasangannya. Dengan hanya sekali berhubung sahaja sudah boleh memerangkap cinta yang diinginkan, tapi bagi mereka yang masih terus mengikut arus kebiasaan filem cinta, maka agak susah sikit untuk mendapatkannya. Untuk mencari cinta, kita seharusnya mencari kelemahan diri orang yang kita mahukan dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita, tidak kira lah rupa paras, percakapan, bentuk badan atau perbuatan. Walaupun pada pandangan mereka yang suka menipu diri sendiri, pandangan saya ini salah, tapi relaitinya begitu. Orang lelaki akan menggunakan kehebatannya mengayat dengan ayat-ayat manis, dan orang perempuan pula akan menggunakan senjata rupa paras untuk memancing. Semua ini kadang kalai berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.


Dewasa ini, seseorang yang ingin mencari cinta tidak lagi perlu berlegar-legar di pasar raya atau pun mana-mana tempat hot-spot, tetapi dengan hanya sekali klik sahaja sudah cukup. Dengan kemudahan internet dan kemajuan jalur lebar di Malaysia ini, perancangan mencari cinta menjadi lebih mudah. Laman sosial yang tumbuh seperti facebook, twitter, tagged, friendster dan banyak lagi telah memeberikan dimensi baru dalam mencari jodoh. Bagi mereka yang suka terperap sahaja di rumah, inilah jalan terbaik. Mungkin pada peringkat permulaan, niat untuk membuka akaun hanya sekadar untuk mencari kawan lama dan menghilangkan bosan. Namun, semua itu hanya bersifat sementara kerana kawan tidak akan terus melayan karenah kita untuk selamanya. Bermula dari situlah akan ada usaha-usaha untuk mencari kawan baru. Walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain, tetapi perhubungan bagaikan telah lama kenal. Itulah penangan laman sosial yang menjadi teman setia bagi setiap orang kini. Tidak msutahil lah jika perasaan cinta boleh datang.


Laman sosial kini menjadi tempat untuk meniagakan diri. Manakan tidak, semua cerita samada baik atau buruk, luahan perasaan dan tidak lupa juga bagi mereka yang ingin mempromosikan perniagaan di sebarkan di laman sosial. Ini telah menjadi budaya dunia siber. Bagi mereka yang berhadapan masalah, perasaan itu diluahkan di wall dan bagi mereka yang sedang mencari pasangan (samada dengan niat yang baik dan buruk), akan menjadikan masalah orang lain sebagai medan untuk mencucuk jarum. Dengan sekelip mata personaliti bertukar kepada seorang ustaz/ustazah dan pakar motivasi. Pada masa ini, apa sahaja yang diberikan oleh pakar motivasi ini diterima dengan perasaan yang tenang dan merasakan pakar ini memahami apa yang sedang ditanggung oleh orang ini. Dari situlah bermulanya persahabatan dan seterusnya kepada perasaan kasih sayang.


Begitulah sedikt sebanyak ulasan tentang Perangai Cinta yang biasanya berlaku sebelum seseorang menikmati cinta sebenar. Pada entiti seterusnya saya akan mengupas pula tajuk Perangai Cinta semasa dan selepas bercinta. Tunggu ya....Nak ulas secara berterusan tak boleh sebab ada gangguan daripada luar. Ulasan ini belum lagi menyeluruh dan tidak memuaskan hati saya. Jika ada kelapangan masa dan ketengan jiwa dan minda, saya akan edit  dari semasa ke semasa. Insya Allah....

No comments:

Post a Comment