“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Saturday, August 20, 2011

Tanda Lailatul Qadar


Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang    menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Tuesday, August 9, 2011

Al-Quran & Hadith Tetang Bulan Ramadhan


Kewajiban berpuasa dalam Al Qur’an
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]
Keutamaan berpuasa:
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]
Keutamaan bulan Ramadan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795
Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812
Dilarang puasa pada hari raya:
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]
Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]
Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]
Puasa yang sia-sia:
"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]
Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.
Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?
Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.
Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]
Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:
"Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]
Catatan:
Hadits tersebut sebagian besar berasal dari Al Bayan, dan masih banyak perawinya selain Bukhari dan Muslim seperti Tirmizi, An Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, dan lain-lain.

Wednesday, August 3, 2011

Khasiat Kurma

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Diserap Serta-me

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Tenaga Serta-merta


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium


Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.



Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kandungan Kurma



Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.


Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Jus Kurma

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.



Kurma Dalam Al-Qur'an

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Tuesday, August 2, 2011

6 Taktik Kotor Syaitan


قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الوَسْوَاسِ الخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6) Katakanlah : Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan wasawas (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. ( Al-Naas : 1-6)

Pengajaran Surah :



1. Dalam ayat diatas Allah SWT menyuruh Nabi-Nya dan umatnya agar memohon perlindungan kepada Allah, Tuhan yang mencipta manusia, memilikinya, yang wajib disembah oleh manusia – ( الخَنَّاسِ مِنْ شَرِّ الوَسْوَاسِ ) : daripada kejahatan wasawas (bisikan) Al-Khannas. Siapakah Al-Khannas ? Makna asal Al-Khannas adalah sesuatu yang tersembunyi atau sesuatu yang datang dengan cepat dan pergi dengan cepat. Akhirnya para mufassirin mengartikan Al-Khannas dengan Syaitan, sebab karakter atau tabiat syaitan segera pergi dari manusia jika manusia ingat kepada Allah dan datang dengan cepat jika manusia itu sedang lalai atau leka dari mengingati Allah. Bisikan halus ada tiga jenis, iaitu : 1. Wahyu : Bisikan halus Malaikat kepada para Nabi atau para Rasul ; 2. Ilham : Bisikan Malaikat kepada umat manusia biasa ; 3. Waswas : Bisikan halus Syaitan kepada umat manusia. Target utama syaitan adalah hati manusia. Itu sebabnya disebut “ dalam dada manusia “. Selanjutnya Allah SWT menyatakan pada akhir ayat bahawa Syaitan itu ada dua jenis, iaitu syaitan jenis jin dan syaitan jenis insan.



2. Imam Ibnu Al-Qayyim ketika menjelaskan maksud Wasawas Al-Khannas di dalam Tafsirnya “ Tafsir Al-Qayyim “ bahawa Syaitan berusaha keras untuk menggoda umat manusia anak cucu Adam agar menyimpang dari jalan Allah SWT yang lurus. Syaitan tidak lekas putus asa. Langkah demi langkah dilaluinya dengan tabah. Jika langkah pertama tidak berhasil maka dia akan berpindah ke langkah kedua, begitulah seterusnya. Menurut Imam Ibnu Al-Al-Qayyim : Ada Enam Taktik Kotor Syaitan dalam usahanya menggoda mansia, iaitu : 1. Kufur atau Syirik ; 2. Bid’ah ; Kabaair ; 4. Shaghaair ; 5. Mafdhuul ; 6. Mubah. Maksudnya : Syaitan akan terus menerus berusaha agar manusia jauh daripada Jalan Allah. Taktik Kotor ini diawali dengan dosa yang paling berbahaya iaitu Kufur atau Syirik. Demikianlah keduanya Dosa Bid’ah. Mengapa Syirik dan Bid’ah menjadi target utama syaitan ? Syaitan sungguh bijak !!! Sebab dia sangat tahu bahawa ada dua syarat utama amal soleh atau suatu ibadat itu diterima, iaitu : 1. Tauhid atau Ikhlas semata-mata kerana Allah jika beribadat ; 2. Amalan tersbut mestilah dilakukan mengikuti cara atau kaifiyat Rasulullah SAW. Ikutilah penjelasan berikut !



3. 1. Kufur atau Syirik : Usaha pertama Syaitan, jika boleh semua manusia menjadi kufur atau murtad agar mereka boleh bersama-sama dia di dalam neraka kelak. Jika tidak mampu mengkafirkan manusia, maka dia tidak putus asa tetapi dia sudah berpuas hati jika manusia tersebut melakukan syirik. Apa sebabnya ? Sebab syirik dapat membinasakan semua amalan soleh umat manusia. Allah berfirman : Jika kamu terlibat syirik niscaya hancur musnah segala amalan kamu, dan kelak kamu pasti termasuk golongan orang yang merugi. ( Al-Zumar : 65 ) ; 2. Bid’ah : Jika usahanya gagal mengkafirkan manusia atau terlibat syirik, maka usaha keduanya mendorong manusia membuat perkara bid’ah. Syarat amal ibadat diterima mestilah mengikuti cara Rasulullah SAW. Rasul SAW bersabda : Siapa yang beramal tidak mengikuti cara kami, maka amalnnya ditolak. (HR Muslim). Dua syarat inilah sebenarnya yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadat. Setelahnya menyusul ibadat-ibadat Solat, Puada, Zakat, Haji. Ini memberi isyarat bahawa semua amal soleh atau ibadat, tidak akan diterima oleh Allah jika tidak memenuhi dua syarat itu.



4. 3. Kabaair : Maksudnya ialah dosa-dosa besar lainnya selain Syirik dan Bid’ah seperti minum arak, berjudi, membunuh, berzina dan lain-lain. Godaan ini menurut urutannya terletak pada godaan ketiga, ini memberi isyarat bahawa inplikasi atau kesan syirik dan bid’ah adalah lebih berbahaya pada diri seseorang jika dibandingkan dengan dosa-dosa besar lainnya. Untuk menguatkan lagi pendngan ini renunglah kata-kata Imam Al-Syafii Rahimahullah ini : Bid’ah dalam hal agama adalah lebih berbahaya dari dosa-dosa besar lainnya. Sebab orang yang minum arak, berjudi, berzina biasanya mereka mengetahui bahawa perbuatan itu terkutuk dan berdosa. Oleh itu, tidak mustahil suatu hari nanti, dia akan bertaubat kepada Allah diatas dosa-dosanya itu. Tetapi lain halnya dengan orang yang melakukan bid’ah !!! Biasanya pembuat bid’ah sentiasa mendakwa bahawa amalan bid’ah yang mereka tambah dan reka-reka baru itulah yang terbaik. Jika demikian halnya dan anggapannya, maka jangan haraplah mereka akan bertaubat dari dosa bid’ah. Malahan jika sampai mendakwa bahawa penambahan amalan (yang tidak ada dasar atau asasnya dari Nabi SAW ) itu membuat amalannya menjadi lebih baik disisi Allah, maka secara tidak langsung (indirectly) dia mendakwa bahawa amalan Rasulullah SAW masih kurang sempurna.



5. 4. Shaghaair : Maksudnya ialah dosa-dosa kecil. Jika manusia tidak dapat digoda melalui syirik, bid’ah dan kabaair maka syaitan masih belum berputus asa dan berusaha melalui dosa-dosa kecil, seperti memandang perkara haram, bercumbu-cumbuan, berkhalwat yang tidak sampai ke derjat berzina dan lain-lain. Dan jika langkah ke empat ini juga tidak berhasil maka syaitan akan mendorong manusia tersebut melakukan perkara mafdhul. 5. Mafdhul. Maksudnya : Amalan-amalan yang kurang afdhal. Kalau solat berjamaah adalah afdhal (lebih baik) jika dibandingkan dengan solat sendirian, maka syaitan akan menyuruh manusia solat sendirian. Dihalangnya manusia solat wajib di masjid dan mendorongnya agar solat saja di rumah masing-masing. Jika langkah ini juga tidak berhasil sebab manusia tersebut gemar melakukan perkara yang afdhal, maka usaha syaitan yang terakhir ialah menggalakkan manusia menyibukkan diri dengan perkara-perkara mubah. 6. Mubah : Maksudnya perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah, apakah faedah dunia atau faedah akhirat. Contoh : Menghabiskan masa menjelang berbuka puasa bersama cucu di depan TV menonton karton. Walaupun – barangkali – ia tidak membawa dosa, namun demikian sebenarnya syaitan telah berjaya menggoda manusia dengan cara melekakan manusia dengan perkara-perkara yang mubah, sebab yang penting bagi syaitan ialah asalkan manusia tidak menambah bekalan akhiratnya, walaupun ketika itu mereka tidak melakukan dosa.



6. Dari penjelasan diatas, nyatalah bagi kita bahawa Syaitan sungguh bijak. Dia tahu bagaimana cara yang paling tepat dan berkesan untuk membinasakan umat manusia anak cucu Adam. Dia sangat tahu apakah syarat utama agar amalan manusia diterima oleh Allah sebagai amal soleh dan seterusnya membawa mereka ke syurga. Syarat itu ialah : 1. Ikhlas atau Tauhid ; 2. Ittiba’ atau mengikuti cara amalan Rasulullah SAW. Pada mulanya kerja syaitan ialah menghalang manusia beramal soleh atau beribadat. Tetapi jika manusia enggan mematuhi godaannya lalu mereka rajin beribadat, maka syaitan akan ambil jalan pintas, bagaiaman agar amalan mereka ditolak atau tidak diterima oleh Allah. Taktik kotor lagi halus syaitan ini tidak disadari oleh kebanyakan manusia, malahan juga tidak disadari oleh sesetengah ulamak dan para pendakwah. Itu sebabnya Rasulullah SAW pernah menyatakan kebimbangan baginda tentang kemunculan imam-imam yang menyesatkan pada akhir zaman : “ Sesungguhnya yang paling aku takuti menimpa umatku adalah kemunculan iman-iman yang menyesatkan “. (HR Tarmidzi).



7. Topik ini saya tulis pada Hari Isnin, Hari Pertama Bulan Ramadhan 1432H – 2011M menjelang solat Zuhur di Masjid Al-Haram Makkah Al-Mukarramah – sekali-kali tidak bermaksud menuduh mana-mana pihak – tetapi sekedar membuka minda umat yang terkadang terlalu ta’assub dan fanatik kepada sesetengah Imam atau Tuan Guru. Marilah kita sama-sama merenung, apakah sudah muncul dalam masyarakat kita hari ini apa yang dibimbangi oleh baginda Rasulullah SAW tersebut. Firasat peribadi saya berkata seakan-akan sudah muncul apa yang ditakuti Rasulullah SAW itu atas sebab-sebab berikut : A. Rukun Islam pertama “ Dua Kalimah Syhadat “ kurang didalami oleh umat Islam sekarang, apakah tentang rukun syaratnya atau perkara yang boleh membatalkannya. Hal ini berbeza dengan minat yang mereka tumpukan terhadap rukun-rukun Islam lainnya seperti solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. B. Jika ada imam atau ustaz atau pendakwah yang berusaha mendedahkan kepada umat tentang betapa pentingnya Tauhid dan Ikhlas, dan betapa bahaya Syirik dan khurafat atau betapa pentingnya Ittiba’ mengikuti Sunnah Rasul SAW, dan betapa bahaya bid’ah dalam beribadat kepada Allah, maka kita akan menyaksikan penentangan yang luar biasa kerasnya sambil melontarkan tuduhan dan fitnah serta gelaran yang menakutkan kepada pendakwah atau ulama tersebut seperti Wahhabi, Terroris, Kaum Muda, Songsang dan lain-lain. Na’uudzu Billah Min Dzaalik.



NOTE : Semoga makalah ini dapat turut menolong menjernihkan keadaan yang semakin kusut. Sebenarnya Allah SWT telah menegaskan bahawa cara yang paling tepat dan berkesan bagi Umat Akhir Zaman untuk menyelesaikan kekusutan dan perbezaan pendapat sesame mereka ialah dengan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Sila lihat ayat 59 Surah Al-Nisaa’. Rasulullah SAW bersabda : Aku tinggalkan untukmu dua perkara, selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku. (HR Al-Hakim dan Imam Malik dalam Al-Muwatta’)