“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Monday, January 31, 2011

The Red Warriors & Pemain ke 12

Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua yang mengikuti blog saya... Pada hari yang agak redup hari ini saya ingin membicarakan tentang Bola Sepak Kelantan dari kaca mata saya sebagai seorang peminat dan penyokong.. Alhamdulillah dan sejuta tahniah kepada barisan pejuang-pejuang Red Warriors kerana telah menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Kelantan. Syabas juga kepada pasukan Selangor yang telah memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan Kelantan. Walaupun kalah, semangat kesukanan yang ditunjukkan harus dipuji.

Berbalik kepada kisah bola sepak Kelantan yang kini berada sebaris dengan kuasa-kuasa besar bola sepak tempatan seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu, pasukan Kelantan bukanlah sebuah pasukan yang ditanam benih terus mendapat buahnya. Tetapi, pasukan ini di lentur di peringkat rebung iaitu ketika Kelantan berada dalam kejohanan Piala FAM setelah dilucutkan daripada Liga Perdana kerana menduduki di kalangan 3 terbawah dalam liga. Kemasukan "Super Hero" iatu Tan Sri Anuar Musa dalam pasukan telah mengubah segalanya. Kelantan terus melonjak naik ke Liga Perdana dan kini kekal dalam LIga Super dan menjadi pencabar utama kepada pasukan Selangor dan Negeri Sembilan untuk merebut tangga teratas Liga Super pada tahun lepas.

Idea-idea yang dicetuskan oleh Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan ini cukup luar biasa. Beliau telah membawa nama-nama besar dalam bola sepak tempatan seperti Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Mohamad, Khalid Jamlus, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Azizi Mat Rose, Shakir, K. Soley dan ramai lagi dengan niat untuk membawa pembaharuan dalam bola sepak Kelantan. Ape yang pasti, cetusan transformasi beliau menjadi. Kehadiran ramai peminat bola sepak Kelantan ke stadium menjadi bukti. Corak permainan pasukan Kelantan juga berubah daripada permainan emosi, kepada permainan bola sepak berkelas profesional. Pasukan Kelantan tidak lagi menjadi bahan ejekan pasukan lawan yang dulunya suka menggunakan "psychology attacking" terhadap pemain-pemain Kelantan sehinggakan pada satu ketika berlaku pergaduhan yang agak dasyat di tengah padang. Sekarang, semua itu tidak lagi berlaku kerana Tan Sri Anuar Musa telah membentuk jati diri dan integriti yang kuat dalam diri setiap pemain dengan menggunakan kaedah Islamik iaitu solat berjemaah bersama, baca doa sebelum perlawanan dan doa sebelum sepak mula. Ini semua telah menjadikan semua pemain suci hati ketika bertempur di tengah padang. Alhamdulillah....

Namun, dalam perkembangan bola sepak Kelantan yang kian maju setanding dengan pasukan-pasukan lain, para penyokong masih belum berubah. Pada tahun 2009, pihak KAFA telah didenda hampir setengah juta gara-gara perilaku penyokong. Pada tahun 2010, kantung KAFA terselamat daripada memberi sedekah kepada FAM apabila tidak dikenakan sebarang denda. Alhamdulillah...namun begitu, ape yang kita sangka tidak juga boleh dijangka. Memasuki tahun 2011 dengan perlawanan pertama merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam, pisang pada tahun 2009 berbuah lagi sekali. Amat mendukacitakan apabila perlawanan yang agak menarik terpaksa dihentikan selama lebih kurang 10 minit gara-gara penyokong yang datang dari gua membuat onar. "Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga". Disebabkan segelintir penyokong yang bermasalah inilah rakyak Kelantan dicop sebagai ganas, xbertamadun dan bermacam lagi andaian. Balingan mercun dan botol air serta kibaran bendera politik telah mencemarkan perlawanan tersebut. Tahukah anda dengan perilaku seperti itu KAFA boleh didenda? Kalau yang membuat perangai itu ditangkap dan didenda baguslah. Ini orang lain yang hisap rokok, orang lain yang terkena penyakit kardiovaskular. Amat malang bagi KAFA kerana mempunyai sebilangan penyokong yang kurang siuman ini.

Kefanatikan penyokong The Red Warrior memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun, jika kefanatikan yang ditunjukkan oleh penyokong itu membawa rebah kepada pengurusan dan pasukan, untuk apa? Andaikata KAFA didenda dengan wang ringgit, mungkin kita boleh selesaikan. Jika KAFA didenda dengan diarahkan bermain di stadium berkecuali dan tanpa penonton, apekejadah semua ini? Tapi kita kena ingat, kantung KAFA adalah hasil daripada kutipan tiket. Penajaan untuk pasukan hanya cukup untuk mebayar gaji, elaun dan bonus kepada pegawai dan pemain sehaja. Banyak lagi yang harus ditanggung oleh KAFA untuk menguruskan sebuah pasukan menjadi profesional termasuklah penginapan, bayaran levi dan cukai hiburan kepada kerajaan negeri (satu-satunya negeri mengenakan cukai hiburan kepada sukan), pengangkutan dan lain-lain lagi. Semua itu memerlukan perbelanjaan yang besar.

Untuk makluman semua pembaca, pihak KAFA dan juga Kelab Penyokong telah membuat pelbagai program dan kempen untuk menyedarkan penyokong akan kesan-kesan yang ditanggung jika penykong membuat onar. Namun, mesej yang disampaikan hanyalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mungkin juga penyokong ini masih buta IT. Mungkin juga mereka tidak ambik pusing pun tentang perkembangan bola sepak di Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Kalau ada perlawanan di stadium dan dibenarkan masuk, mereka masuk dan tinggalkan otak di rumah. Jika ini berterusan, permainan bola sepak tidak akan profesional  kerana profesionalisma dalam bola sepak terletak pada semua termasuklah pengurusan FAM,pengurusan negeri, pegawai-pegawai pasukan, pemain dan juga penyokong. Slogan "SOKONG BIAR BIJAK, NAMPAK BIJAK, BERTINDAK BIJAK, MAIN BIJAK DAN BIJAK SOKMO" harus dihayati oleh semua peminat. Kalau tidak, kita hanya akan jadi "angan-angan mat jenin" sahaja lah.

Secara peribadi juga,  saya berpendapat peminat tidak harus dipersalahkan bulat-bulat kerana sebelum memasuki stadium, penyokong akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengesan mana-mana pihak yang membawa barang larangan ke stadium. Persoalannya, adakah pemeriksaan yang dlakukan oleh pihak berkuasa dan pihak perbadanan stadium teliti dan telus? Tidak sama sekali kerana pengalaman saya memasuki stadium sbelum ini menampakkan kelemahan. Pihak yang bertanggungjawab memeriksa setiap inci tubuh badan penyokong tidak melakukannya dan hanya memeriksa tiket sahaja. Pihak berkuasa yang ditempatkan di pintu masuk stadium adalah di kalangan lelaki. Bagaimana pula jika barangan larangan dibawa masuk oleh peminat wanita dimana peminat wanita ini dipergunakan oleh lelaki untuk membawa masuk barang larangan ini? Apa yang diperhatikan pihak bertanggunjawab ini hanya membuat kerja bagaikan melepas batuk ditangga sahaja. Sesuatu harus dilakukan bagi mencegah barah yang kian melanda peminat bola sepak tempatan.

Sehubungan itu, pelbagai pendekatan dan kaedah harus diambil bagi menangani keganasan bola sepak tempatan. Bola sepak adalah medan persaudaraan bukannya medan peperangan. Bola sepak adalah medan perpaduan, bukan medan untuk melebarkan pengaruh politik. Kita harus cerdik dalam menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada dan pengisiannya haruslah bertepatan dengan tempat dan situasi. Bak kata pepatah Melayu "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum". Beberapa kaedah untuk dipertimbangkan oleh FAM, KAFA dan pasukan lain serta penyokong termasuklah :-

a) meletakkan pegawai pemeriksan wanita di pintu masuk. Lebih baik lagi jika peminat wanita diberikan pintu yang khusus memandangkan perkembangan bola sepak di Malaysia menunjukkan wanita juga mula berminat untuk datang ke stadium.
b) membuat pemeriksaan menggunakan "body scanner" seperti di lapangan terbang dan pasar raya.
c) sesi pengurusan bola sepak dan pemain bersama penyokong. Menggunakan peluang ini untuk menyampaikan pesanan tentang kesan jika membawa masuk barang larangan.
d) penyokong yang datang untuk menonton menahan dan menangkap seiapa sahaja yang disyaki melakukan keganasan dan serahkan kepada pihak berkuasa.
e) pihak berkuasa diletakkan di "hot spot" dimana sering berlaku balingan mercun dan botol. Biasanya di kawasan scoreboard. merampas sebarang bendera selain bendera negeri atau kelab bola sepak.

Bola sepak adalah sukan rakyat yang tidak harus diterjemahkan dengan keganasan dan ketaksuban yang melampau. Apa yang berlaku ini bukanlah terhadapa pasukan bola sepak Kelantan semata-mata, berlaku juga kepada negeri-negeri lain. Di Kedah pada tahun 2009 penyokong memasuki padang kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil. Di Perlis pada tahun lepas berlaku balingan mercun sehingga terkena pemain di padang.

Apa yang berlaku ini tidak lah mencerminkan sikap keseluruhan rakyat sesebuah negeri. Tapi perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negeri. Secara tidak langsung, ia menggambarkan sikap. Untuk itu, setiap penyokong wajib menjaga adat, tatasusila, perilaku, perangai dan meningkatkan nilai integriti dalam diri jika kita sayangkan agama, bangsa, negeri dan negara. Perubahan haruslah bermula dalam diri kita seperti firman Allah SWT "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".
Tidak salah untuk berhibur dan menyatakan ketidakpuasan hati, tapi gunakanlah akal sebelum bertindak. Jangan kita gadaikan maruah kita kerana keseronokan yang membawa padah kepada orang lain.

Terima kasih dan jumpa lagi dalam entiti yang lain. salam ukhwah dan salam perjuangan!!!!

Sunday, January 30, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

hai...salam permulaan dalam dunia baru ini..kalo sebelum ni saya lebihkan masa bersama facebook, sekarang sy nk beralih arah n menuju puncak bersama blog pulak. Semoga semua ini mendapat sokongan daripada kawan2 semua dan juga mendapat keredhaan Allah SWT.


Blog Kijang Samudera ini dicipta atas dasar untuk memberi pandangan sebagai seorang rakyat Malaysia yang sentiasa memerhatikan setiap ape yang berlaku di sekeliling. Pandangan tetap pandangan, ianya mungkin betul, mungkin juga salah. Everyone can give the idea. This world are flexible to all people. Terbinanya blog ini juga adalah untuk mengisi masa terluang bagi berkongsi ilmu utk kehidupan samada dunia atau pun akhirat seperti bidang Agama, Politik, Sosial, Pendidikan, Cinta, Perkahwinan dan lain2 yg difikirkan sesuai.


Sekian saje la dulu sebagai permulaan bicara...