“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Friday, January 20, 2012

"PRIDE OF KELANTAN"



KELANTAN - satu negeri yang digelar Serambi Mekah, dihuni oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan majoritinya Melayu beragama Islam. Negeri yang sangat unik dari pelbagai sudut samada budaya, adat resam dan politik. Rakyatnya sentiasa bersatu padu walaupun kadang-kadang berbeza fahaman. 

Sebut sahaja orang Kelantan, orang melihat dari pelbagai sudut. Ada yang melihat orang Kelantan baik, sopan santun, lembut tutur katanya, beradab bila berbicara, mempunyai jiwa Islam yang tinggi, namun ada juga yang melihat orang Kelantan gedebe, berpuak-puak, ganas, bermasalah dan lain-lain lagi.

Tapi, bagi saya yang dilahirkan di Kelantan, saya merasakan semua itu adalah sifat semula jadi setiap kaum, dijadikan oleh Allah dengan pelbagai ragam dan sifat untuk saling melengkapi antara satu sama lain, tidak kira dari mana mereka datang, agama apa, kaum apa. Saya merantau ke seluruh pelusuk negara, dari Perlis sampai ke Sabah, pernah sampai ke Indonesia dan Thailand, sifat dan perangai yang disebutkan di atas ada di setiap tempat. Jadi, tidak perlulah kita menilai seseorang atau puak-puak tertentu berdasarkan negeri kelahirannya. Nilailah mereka dengan sifat yang ada pada diri mereka.



Istimewanya Kelantan adalah kerana rakyatnya. Pergi ke mana sahaja di dalam dan luar negara, loghat Kelantan pasti kedengaran. Kenapa? Sebab kami bangga dengan negeri kami. Kami bersatu hati dan itulah sifat terpuji yang ada dalam diri kami. Walaupun pertama kali berjumpa, kami tidak kekok untuk bertegur sapa dan bergurau senda. Kami boleh bersatu walaupun di jalan raya menuju ke Kuala Lumpur, kami boleh bersorak bersama ketika menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan kami. Kami juga boleh bersatu untuk menentukan kepimpinan yang kami mahukan.

Saya masih berfikir dan merenung kenapa ini berlaku hanya di Kelantan. Mungkin kerana kami terdidik begitu, dilimpahkan dengan rahmat Islam yang begitu dekat dengan kami, dianugerahkan pemimpin yang sentiasa bersederhana, tidak kira pemimpin politik atau di pihak Istana. 



Kunci keistimewaan Kelantan adalah kesepaduan. Kami pantang disentuh, kami pantang diejek, kami pantang dicabar. Bergurau biar bertempat, menyindir biar beralas. Jika seorang yang menggunakan IC 03 terguris, maka keseluruhanlah kami akan terguris, bagai kata peribahasa "Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Turut Terasa". Kami diajar untuk menghormati orang lain, tapi kami juga diajar untuk mempetahankan hak kami. 

Jangan takut berkawan dengan kami. Kami seperti insan lain, suka berkawan dan sedia menerima sesiapa sahaja kawan, Namun, kami tidak akan tinggalkan kawan Cik Siti Wan Kembang Kami. Kami suka bersama bukan kerana kami sombon atau tidak suka kepada negeri lain, tapi bahasa dan loghat kami membuatkan kami lebih mudah mesra. 

"ALLAH Kami Agungkan, Nabi Muhammad Kami Junjung, Sultan dan Pemimpin Kami Sanjung"

 "We're Not Worried, But We're Warriors"


"PRIDE OF KELANTAN FOREVER"


Thursday, January 19, 2012

TaKuT



TAKUT - satu perkataan yang ringkas tapi memberi kesan emosi yang mendalam pada setiap manusia. Takut digambarkan dengan memek muka yang buruk dan perasaan dalaman yang berdebar-debar. Semua org merasai dan mempunyai perasaan takut. Ada org takut kepada kematian, kebenaran, takut apabila melakukan kesalahan, dibunuh, ditipu, hantu dan pelbagai lagi.

Tapi, bagi orang Melayu Islam khasnya dan Islam secara keseluruhannya, perasaan takut dan gerun selalunya berpaksikan kepada takut kepada Allah semata-mata dan tidak perlu takut kepada benda lain. Betulkah pernyataan ini?

Pendapat saya yang jahil ini amat mudah bersandarkan kepada pemerhatian dan penilaian saya terhadap keadaan sekeliling dan sifat semula jadi manusia. Org Melayu sudah dididik dan ditanam dengan nilai Islam sejak di dalam kandungan lagi dengan zikir-zikir dan apabila dilahirkan di azankan. Apabila dibesarkan, kita diajar supaya takut hanya kepada Allah SWT dan jgn takut kepada sesuatu yang lain. Alhamdulillah, bagus la begitu.

OK, mari kita berfikir sejenak. Tidakkah setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi adalah percaturan Allah SWT? Jika rakan-rakan sependapat dengan saya, tidak salah la bg kita untuk takut kepada sesuatu yang lain disebabkan semuanya adalah percaturan ALLAH, asalkan perasaan takut itu tidak melebihi perasaan takut kepada Allah SWT.

Orang kita ni sebenarnya suka memperingati antara satu sama lain walaupun dia sendiri tidak mampu membuat sesuatu yang disebutkan itu. Kenapa saya kata begitu? Cuba tanya diri sendiri, ape perasaan kita apabila berhadapan dengan penjenayah atau pun hantu? Mestilah takut kan? Jadi, di mana kita hendakmeletakkan keberanian kita berhadapan dengan penjenayah atau hantu (jika diambilkira dgn nasihat jangan takut kepada benda lain selain ALLAH)?


Dalam konteks ini, masyarakat kita telah menggunakan kebiasaan dalam fakta tanpa mengambil kira realiti kehidupan sebagai jalan mudah untuk dilihat baik dan beriman. Sebenarnya, mahu atau tidak, perasaan takut itu memang wujud dalam setiap diri kita kerana kita diciptakan oleh Allah mempunyai hati dan perasaan. Cuma, perasaan yang wujud itu samada takut, marah, sayang atau perasaan-perasaan lain hendaklah diwujudkan tidak melebihi perasaan kepada Allah SWT kerana DIA sahaja yang paham keadaan kita dan boleh memberi dan menerima apa kehendak kita.

Kita sebagai manusia amnya dan masyarakat yang terdidik dengan budaya Islam tidak sepatutnya menghalang seseorang itu untuk merasa takut. Jika hendak menghalang sekalipun, cukuplah sekadar menasihati agar ketakutan itu tidak melebihi ketakutan kita kepada Allah SWT.



Wednesday, January 18, 2012

Ingat Sihat Sebelum Sakit - 1 Daripada 5 Perkara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat. Kita tentunya biasa mendengar lagu kumpulan Raihan bertajuk "Demi Masa" yang mana lagu tersebut mahu kita sentiasa ingat kepada 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. 5 perakara tersebut adalah :

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati


Dalam kita mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini, jangan lah sesekali kita lupa kepada 5 perkara ini. Sy sangat insaf terhadap 5 perkara ini setelah apa yang berlaku terhadap diri saya sendiri. Allah telah memberi ujian kesihatan kepada saya.

Selama bertahun-tahun saya merasa sakit, saya menahan kesakitan itu dengan menempuhi kehidupan seperti biasa kerana pada anggapan saya, kesakitan yg saya alami itu ada kesakitan yang biasa. Peringkat permulaan, saya merasakan itu hanyalah sakit urat biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja disebabkan kerja-kerja berat yang dilakukan.

Namun, setelah sekian lama menahan kesakitan yang amat perit, dan paling teruk saya tidak mampu berdiri lama seperti orang lain dan duduk hanya perlu bersandar pada sesuatu yang keras, saya mengambil keputusan untuk mendapat rawatan tradisional. Pada masa yang sama, hendak memikul beg yang berisi laptop atau pakaian pun saya tidak mampu. Tapi, tiada sapa yang tahu seksa yang saya alami. Kawan-kawan hanya mengherdik saya kerana tidak mampu memikul beg walaupun beg berisi pakaian (semasa mendaki gunung kinabalu).

2 kali saya mendapatkan rawatan secarat tradisional, iaitu kaedah urut tradisional dan bekam, namum hasilnya tidak seperti diharapkan. Kesakitan yang saya alami tiada perubahan, saya masih tidak selesa untuk berdiri lama dan duduk tanpa bersandar.

Sehinggalah pada bulan November 2011, saya menghubungi agen insurans yang juga sahabat saya, Ardi Jafni Daros (Insurans Allianz) untuk mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau telah membawa saya berjumpa doktor Pakar Pembedahan Am, Dr Doshi. Setelah pemeriksaan rambang dilakukan, doktor mengatakan bahawa kemungkinan saya ada batu karang di bahagian hempedu yang membengkak. Jika betul, pembedahan terpaksa dilakukan dan hempedu tersebut perlu dibuang. Namun, keadaan waktu itu menghalang pembedahan dilakukan kerana saya terlibat dengan Kursus Pegawai Memerintah Muda di Kuantan dan Lumut. Jadi, jadual pertemuan telah diaturkan kepada bulan Januari 2012.

Sebelum berjumpa doktor pakar tersebut, saya juga pernah ke Hospital Besar Tawau, namun doktor yang merawat saya memaklumkan hanya sakit biasa sahaja tanpa membuat pemeriksaan lanjut.

Pada bulan 13 Januari 2012, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut sepertimana temujanji yang telah dibuat pada bulan November 2011. Walaupun bos di tempat kerja tidak membenarkan pemergian saya atas alasan hospital swasta hanya inginkan keuntungan dan saya perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, saya tidak mempedulikan larangan tersebut dan permohonan cuti saya dilulukan oleh bos no 2.

Pada 14 Januari 2012, saya telah mendapatkan rawatan sekali lagi di Hospital Putra, Melaka di bawah Dr. Doshi, beliau sekali mengesyaki saya ada penyakit batu karang, gastrik dan appendix. Saya ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. 15 Januari, saya diperiksa dengan teliti oleh pihak hospital dengan pelbagai cara termasuklah X-Ray, Scan, Ultrasound (ahad) dan juga menggunakan Scope (Isnin). Hasilnya, sahlah bahawa saya ada penyakit appendix dan gastrik yang teruk.

                                                 Gambar sebelum ke bilik pembedahan

Maka, pada 15 Januari (Isnin), saya terus dibawa ke bilik pembedahan untuk melakukan pembedahan membuang appendix yang menyebabkan saya menanggung kesakitan bertahun lamanya. Lebih kurang 2jam (12.30 t/hari - 2.30 ptg) dalam bilik pembedahan, saya tidak sedar langsung dengan apa yang doktor lakukan kerana ubat bius yang terlalu kuat, akhirnya saya sedar lebih kurang jam 4 petang.

                                              Kesan pembedahan (ditebuk 3 tempat) di perut

Melihat kepada keadaan saya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan saya ujian seberat ini.Saya menginsafi kejadian ini. Saya dapat simpulkan apa yang berlaku kepada saya hari ini kepada beberapa bentuk iaitu :
a) Menganggap ini semua adalah ujian Allah kepada hamba-NYA tidak kira dengan apa cara sekalipun.
b) Menganggap ujian ini sebagai proses meningkatkan Iman saya dan sahabat-sahabat yang lain.
c) Proses menghapuskan dosa-dosa yang telah saya lakukan sebelum ini.
d) Supaya kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.
e) Mengingatkan saya kepada nasihat "Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara" supaya kita terus bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita yakini, kesihatan, muda, kekayaan, kelapangan dan juga kehidupan.
f) Proses mengenali siapa itu kawan, siapa itu sahabat.

Saya mengambil peluang ini untuk memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang kehidupan dan terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat-sahabat yang datang melawat terutamanya Amirullah Isa (sepupu) dan bakal mentuanya, Kartini dan suami (sepupu), Aidil Azhim (sahabat perjuangan dalam Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar Polimas) dan juga agen insurans saya Ardi Jafni Daros (Allianz Insurans). Tidak lupa juga kepada rakan-rakan facebook yang tidak putus-putus mendoakan pembedahan dan kesihatan saya baik.

Paling penting, ibu bapa,  adik-beradik dan saudara-mara yang berada di kampung dan seluruh pelusuk Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan saya. Saya tidak mampu membalas, cuma saya mampu berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada semua yang mendoakan saya.

Yang penting, jangan sesekali kita melupakan Pencipta kita, ALLAH SWT.

"INGATLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA"






Wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.....

Thursday, January 12, 2012

DIET ala NABI Muhammad SAW

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
CARA MAKAN
  • Jangam makan buah setelah makan nasi. Sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang meninggalkan makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cubalah……………………………
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu, kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan).
Info : http://irvansaputra.wordpress.com/2009/03/12/232/