“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Sunday, February 27, 2011

Moh Kita Ke Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, kita masih diberikan ruang untuk menikmati oksigen Allah. Semoga kita dapat menggunakan apa yang diberikan oleh Allah ini ke jalan yang diredhai oleh NYA.

Pada kali ini, saya terpanggil untuk mengajak saudara dan saudari sahabat-sahabat saya untuk bersama-sama mengimarahkan masjid yang menjadi tunjang kekuatan dan kesepaduan kita sebagai orang Islam. Mengajak,  menyeru dan menerima ajakan adalah sesuatu perkara yang mudah bagi mereka yang sentiasa menjadikan masjid sebagai rumah kedua. Namun, bagi mereka yang sentiasa berat punggung untuk melangkah ke masjid, ajakan itu tidak memberi apa-apa maksud dalam hati sanubari mereka. Bagi golongan yang menjadikan masjid sebagai rumah kedua, pasti mereka merasa kecewa dengan perkembangan ini. Melahirkan kekecewaan tanpa sebarang tindakan tidak akan mengubah apa-apa. Satu tindakan proakaktif perlu dijalankan oleh AJK masjid dan komuniti sekitarnya agar masjid sentiasa menjadi tempat persinggahan semua pihak. 

Hari ini pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak masjid bagi menarik minat masyarakat supaya sama-sama ke masjid bersolat jemaah. Antaranya adalah ceramah dan tazkirah, kelas Al-Quran, kursus-kursus dan pelbagai lagi program dijalankan, namun segala program yang dilaksanakan oleh pihak masjid masih belum mampu menarik minat terutama golongan muda untuk ke masjid. Apa yang tidak kena dengan program-program tersebut? Jika diikutkan semua program tersebut adalah program keagamaan yang menjurus kepada keperluan kita apabila kita menghembuskan nafas terakhir kelak. Bagaimana cara untuk menarik golongan muda? Jawapan kepada persoalan ini telah saya usulkan kepada salah sebuah masjid dan salah seorang ahli politik dalam facebook beliau beberapa bulan yang lepas. Diharapkan idea itu dapat diterima oleh mereka.

Islam itu bersifat global. Semua perihal kehidupan terdapat dalam agama suci ini. Dari sekecil-kecil zarah, sehingga ke besar-besar dinasour ada, lengkap. Jadi, kenapa kita mengecilkan skop agama megikut acuan kita? Pendekatan yang digunakan perlu menyeluruh, yakni memenuhi keperluan pelbagai golongan, samaada tua, muda, lelaki mahupun kaum wanita. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya, pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan masjid-masjid sekarang adalah tidak menyeluruh. Kenapa saya berkata demikian? 

Mungkin bagi mereka yang tidak membuka mata seluasnya, mereka akan kata saya tidak menyokong gerakan Islam dan mempersendakan program anjuran masjid. TIDAK!!! Saya menyokong 200% apa yang pihak masjid lakukan sekarang, namun perlu ada penambahbaikan kepada program-program yang dirancang agar matlamat untuk menjadikan masjid sebagai tempat percambahan dan kekuatan Islam menjadi kenyataan. 
Apa yang diperhatikan sekarang, pihak masjid dan komuniti sekitarnya sudah berpuas hati dengan apa yang dicapai oleh mereka, walaupun ruang kosong masih dapat dilihan di setiap sudut masjid. 

Program dakwah tidak hanya berlaku dengan cara ceramah dan tazkirah semata-mata. Seperti yang saya coretkan di atas tadi, ISLAM adalah global. Pihak masjid harus memikirkan bagaimana hendak menarik glongan muda dengan cara mengetahui apa keperluan golongan muda. Golongan muda sifatnya mahu bersuka ria dan kebebasan. Jadi, kenapa kita tidak mencari satu kaedah yang mana golongan muda boleh menyertai program yang dianjurkan seterusnya dakwah juga dapat disampaikan. Pendek kata program yang menjurus kepada situasi menang-menang. Apa program dan aktivitinya?

Sukan dan golongan muda tidak dapat dipisahkan. Jadi, gunakan kesempatan dan peluang yang ada ini untuk mengatur program kesukanan yang menjurus ke arah Islamik. Hari ini kita dapat melihat masyarakat kita bersukan namun hukum hakam Islam tidak dipedulikan. Inilah masanya. Aktiviti sukan seperti badminton, futsal dan pingpong contohnya boleh dijadikan batu loncatan untuk kita berdakwah. Setiap sukan yang ada di dunia ini telah mempunyai undang-undangnya tersendiri, namun tidak salah bagi kita untuk menambah undang-undang Islam di dalamnya. Pihak masjid boleh la meletakkan syarat semua pemain haruslah memakai pakaian yang menutup aurat dan selesa. Itu adalah salah satu kaedah bagaimana kita hendak berdakwah dengan cara sukan seterusnya mengembangkan syiar Islam di dalam sukan. 

Acara sukan tersebut mungkin berlangsung pagi sehingga petang, jadi dalam temph tersebut terdapat dua waktu solat iaitu zohor dan asar. Sebelum atau selepas masuknya waktu zohor, pihak masjid boleh mengadakan sedikit tazkirah sebagai acara selingan. Secara tidak langsung, sudah ada dua program dakwah dapat dilaksanakan. Ilmu pun berkembang kepada lebih ramai orang. Mudah kan? Seterusnya aktiviti selepas sukan. Pihak masjid boleh mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi meraikan smua pasukan berserta masjlis penyampaian hadiah. Jadi program dan aktiviti pada hari tersebut telah menjanjikan ramai yang akan menyertai solat berjemaah di masjid. Cuma kita berharap program tersebut berterusan dan golongan muda ini sedar akan tanggungjawab mereka kepada agama selaian hukum yang wajib dipatuhi. Walaupun pelaksanaan aktiviti tersebut tidak menjanjikan bahawa golongan akan terus menjadikan masjid sebagai rumah kedua, sekurang-kurangnya kita telah berusaha ke arah yang lebih baik mengikut tuntutan Islam. Jika nak dibandingkan dengan apa yang ada sekarang, kebanyakannya adalah golongan pakcik dan makcik sahaja yang sentiasa pergi ke masjid.

Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Hari ni kita harus bersyukur kerana kebanyakan masjid banyak yang telah berubah dibandingkan 10-20 tahun lepas. Kesedaran yang tinggi dikalangan masyarakat amatlah diharapkan agar kesucian masjid ini sentiasa terpelihara. Kerajaan juga sentiasa memainkan peranan dengan menyalurkan jutaan ringgit supaya institusi masjid ini menjadi ikon menarik pelbagai golongan untuk mendekati Islam. Kerjasama dan keprihatinan masyarakat dalam menjaga institusi masjid amat ditagih supaya masjid sentiasa menjadi tempat persinggahan para musafir. AJK masjid perlu memainkan peranan agar segala keperluan di masjid dapat disediakan ke tahap maksimum. Paling penting kebersihan di dalam dan luar masjid. Terdapat banyak lagi masjid di negara kita ini belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Jika ini berterusan, bagaimanakah masyarakat hendak ke masjid? Jadi, persekitaran yang bersih juga menjadi salah satu faktor galakan kepada masyarakat untuk ke masjid.

Hari ini, jika kita perhatikan di kebanyakan masjid, belum ada lagi perpustakaan. Kebanyakannya hanya menyimpan Al-Quran. Sebagai cetusan idea, saya mengesyorkan pihak masjid mencari buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang samada kesihatan, sirah nabawiah, ilmu kekeluargaan dan sebagainya untuk panduan masyarakat. Mungkin ini dapat membantu anak-anak muda yang masih belajar untuk mendapatkan nota-nota sebagai panduan untuk membuat assignment. Secara tidak langsung, mereka sudah ke masjid kn? Walaupun pihak masjid tidak mampu mengadakan perpustakaan sendiri, cukuplah menyediakan sebuah almari dan meletakkan buku-buku ilmiah di dalamnya.

Berbalik kepada cetusan minda pertama saya di atas, satu cara lagi yang semua pihak boleh fikirkan adalah mengadakan senaman aerobik. Pelaksanaannya boleh dijalankan pada hari minggu. Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, hari jumaat adalah hari yang amat sesuai, diteruskan dengan solat jumaat. 

Pihak masjid juga boleh melaksanakan kempen kesihatan di ruang legar masjid. Kerjasama dengan pihak hospital diperlukan dalam menjayakan program ini supaya masyarakat bukan sahaja dapat membuat pemeriksaan kesihatan, tetapi juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut perkaitan Islam dan Kesihatan. Pihak masjid harus menggunakan peluang ini untuk menerangkan tentang kesihatan dalam Islam. Untuk itu, program seperti derma darah dan pemeriksaan kesihatan boleh lah dijadikan KPI masjid untuk tahun ini dan seterusnya.

Sebagai mengakhiri coretan cetusan minda ini, saya berdoa dan amat berharap sekali agar institusi masjid menjadi peneraju terhadap perkembangan Islam daripada pelbagai sudut tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir yang berkepentingan terutama politik. Sudah sampai masanya masjid menjadi tempat ibadah yang bersifat  liberal dan global dalam menjayakan misi dakwah bukan sahaja kepada bukan Islam, tetapi kepada orang Islam sendiri. Tinggalkan lah fahaman bahawa Islam sekadar solat dan tazkirah semata-mata. Buka minda kita, buka mata kita dan tengoklah kehadapan dengan rasa keinsafan dan sayangkan agama.  Insya Allah....


Saturday, February 26, 2011

FAKTA SAINS DAN ISLAM : LEBAH MADU

Lebah Madu


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)
    
Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.
    
Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.
    
Sungguh menarik untuk diketahui  bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan energi? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.
   
Lebah memproduksi madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang memproduksi susu jauh melebihi kebutuhan anak-anaknya.

Organisasi Yang Luar Biasa Dalam Sarang Lebah

Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah. Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan ventilasi: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualitas perlindungan tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rusak serta kehilangan kualitas perlindungan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.

Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang standar, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang. Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.

Sistem kesihatan: Lebah  menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria. Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.


Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya

Penyimpanan Maksima Dengan Bahan Minima
    
Sarang yang dibangun lebah dapat menampung 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan sedikit bagian dari lilin lebah.
    
Sarang tersebut tersusun atas sarang madu berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel kecil pada kedua permukaannya. Semua sel sarang madu berukuran sama persis. Keajaiban teknik ini dicapai melalui kerja kolektif ribuan lebah. Lebah menggunakan sel-sel ini untuk menyimpan makanan dan memelihara lebah muda.
    
Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangun sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Sungguh menakjubkan bahwa mereka memilih struktur segi enam, bukan segi delapan atau segi lima. Ahli matematik memberikan alasannya: "struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum". Jika sel-sel sarang madu dibangun dengan bentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, sehingga lebih sedikit madu yang bisa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mendapatkan manfaatnya.
    
Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek. 
    
Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak. Lebah tentu tidak akan mampu menghitung ini, yang hanya dapat dilakukan manusia dengan perhitungan geometris yang rumit. Haiwan kecil ini menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh Tuhan mereka.

Cara Menentukan Arah

Lebah biasanya harus terbang menempuh jarak jauh dan menjajagi wilayah luas untuk menemukan makanan. Mereka mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800 m dari sarang. Seekor lebah, yang telah menemukan bunga, terbang kembali ke sarangnya untuk memberi tahu lebah lain tentang tempat bunga tersebut. Bagaimana lebah ini menjelaskan lokasi bunga kepada lebah lain di sarang?
    Dengan menari!… Lebah yang kembali ke sarangnya mulai menari. Tarian ini adalah  untuk memberi tahu lebah lain tentang lokasi bunga. Tarian yang diulang-ulang lebah tersebut mengandung semua informasi tentang sudut, arah, jarak, dan informasi perincian lain tentang sumber makanan, sehingga lebah lain dapat mencapai tempat itu.
    
Tarian ini berbentuk angka "8" yang diulang terus-menerus oleh lebah tersebut (lihat gambar di atas). Lebah tersebut membentuk bagian tengah angka "8" dengan mengibas-ngibaskan ekor dan bergerak zig-zag. Sudut antara gerakan zig-zag dan garis matahari-sarang menunjukkan arah sumber makanan dengan tepat (lihat gambar di atas).
    
Akan tetapi, sekadar mengetahui arah sumber makanan tidaklah cukup. Lebah pekerja juga harus "mengetahui" seberapa jauh mereka harus menempuh perjalanan mengumpulkan bahan pembuat madu. Jadi, lebah dari sumber bunga tersebut memberitahukan jarak serbuk bunga dengan gerakan tubuh tertentu, yakni dengan menggoyangkan bahagian bawah tubuhnya dan menimbulkan aliran udara. Misalnya, untuk "menjelaskan" jarak 250 m, ia mengibaskan bagian bawah tubuhnya lima kali dalam setengah minit. Dengan demikian, lokasi pasti sumber makanan tersebut dapat dijelaskan dengan terperinci, baik tentang jarak maupun arahnya.

Keajaiban Madu

Tahukah Anda, betapa madu merupakan sumber makanan penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui serangga kecil ini?
    
Madu tersusun atas beberapa senyawa gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klor, belerang, besi, dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas nektar dan serbuk sari. Di samping itu, dalam madu terdapat pula sejumlah kecil tembaga, yodium, dan seng, serta beberapa jenis hormon.



Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.
(QS. Al Jatsiyah, 45: 13)

 

Thursday, February 24, 2011

Perangai Cinta 2

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua..

Sudah agak lama kita tidak bersua dalam blog ini kan..Kesibukan kerja disamping sedang mencari idea-idea untuk dimuatkan di dalam blog ini menghalang untuk kita berjumpa. Alhamdulillah, pada kali ini kita dapat berjumpa untuk berkongsi entiti seterusnya, kesinambungan entiti sebelum ini iaitu Perangai Cinta - Sebelum. Pada kali ini, saya akan cuba menyingkap tajuk Perangai Cinta - Semasa dan Selepas yang telah menjadi budaya kehidupan kita terutama golongan remaja dan dewasa pertengahan.

Pada kebiasaannya, ketika bercinta, semua pasangan akan merasa bahagia dan sentiasa meluahkan perasaan rindu dan sayang. Luahan ini boleh dikatakan setiap hari, samada secara ikhlas ataupun sekadar untuk menjaga hati pasangan. Ada juga pasangan yang meluahkan perasaan rindu dan sayang di laman-laman sosial seperti facebook, blog, twitter dan lain-lain untuk menunjukkan bahawa mereka sedang dilanda badai kebahagiaan. Realitinya begitu lah, padahal semua itu tidak perlu pun, kerana kasih sayang dan rindu seharusnya diluahkan kepada pasangan sahaja, tidak perlulah sehingga diwar-warkan kepada dunia. Contohilah orang-orang yang sudah berkahwin.

Pasangan bercinta juga biasanya bagai dirasuk suatu perasaan dimana nafsu telah menguasai diri. Pada masa keasyikan bercinta ini, pasangan sanggup berbuat apa sahaja untuk pasangannya bagi membuktikan mereka betul-betul sayang. Disinilah silapnya mereka yang bercinta. Ada yang sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Tengok sahaja berita-berita di dada akhbar dan media elektronik, boleh dikatakan ada sahaja kes-kes buang anak. Masya Allah.... Cinta apakah sehingga sanggup mengorbankan seorang insan yang tidak berdosa. Saya amat yakin semua ini berlaku kerana cinta. Inilah silap sebahagian daripada kita. Kenapakah sanggup menggunakan anugerah Allah itu untuk kepuasan nafsu yang membawa derita berpanjangan, bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat kelak.

Perasaan cinta dan kasih sayang yang dianugerahkan oleh Allah telah disalahgunakan oleh manusia untuk kepuasan nafsu semata-mata. Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, lelaki mahupun perempuan, sepatutnya kedua-duanya menggunakan akal sebelum berbuat sesuatu. Pegangan agama haruslah ditanam sedalam-dalamnya dalam hati supaya syaitan tidak dapat menembusi nafsu kita.

Cinta sudah jauh menjalani proses transformasi. Kecanggihan teknologi telah membuatkan manusia menyalahgunakannya.. Manusia makin lalai dan terus mencipta idea untuk melakukan perkara-perkara yang di luar adat budaya Islam. Sejak teknologi makin berkembang, telah banyak kita dengar mengenai kes-kes filem porno buatan sendiri. Ini semua tidak lain tidak bukan kerana cinta. Pasangan bercinta sanggup memperdagangkan tubuh dengan alasan sebagai kenangan dan juga bukti kasih sayang. Bodoh sangatkah kita sehingga tidak mampu berfikir kesan buruk yang akan ditanggung.

Kemanisan alam cinta membuatkan ramai yang gila. Proses permulaan kepada aksi luar tabii adalah melalui perbualan telefon. Ada juga yang mulakan langkah pada pertemuan. Tapi, mungkin untuk peringkat permulaan, semuanya menyorokkan taring. jadi, jalan terbaik adalah melalui telefon. Daripada sinilah mereka cuba mengenali pasangan. Kata-kata yang boleh memerangkap pasangan digunakan.. Apabila sudah terperangkap, bermulalah episod seterusnya.. Kata-kata rindu, 'miss you', 'hug n kiss for you' menjadi kata-kata sakti.

Seterusnya, berjumpalah pasangan merpati dua sejoli ini. Peringkat permulaan cinta memang betul-betul dari perasaan ingin dikasihi dan disayangi. Tapi, percayalah, semuanya bersifat sementara. INGAT!!!Syaitan tidak pernah lupa untuk menghasut manusia untuk membuat kemungkaran. Bagi mereka yang berpegang kuat kepada agama sahaja akan terlepas daripada hasutan dan godaan syaitan.

Seperti sedia maklum, perempuan mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa inginkan perhatian. Lelaki pula pandai memberikan perhatian demi cinta. Ini bermakna, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, disebabkan nafsu yang menguasai diri, perhatian yang diperlukan dan diberi boleh bertukar wajah. Perkataan kasih sayang dan rindu bertukar menjadi perbuatan. Iya, betul...semua ini boleh berlaku disebabkan kata-kata sudah menjadi biasa dan sudah tidak melekat dan menusuk ke dalam hati lagi. Jadi, perbuatan pula jadi sandaran untuk membuktikan kasih dan sayang. Itulah nikmat cinta bagi mereka yang bernafsu besar dan tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.

Tidak perlulah saya ulas apa yang pasangan bercinta buat, semua sudah tahu. Jom kita ikuti pulak bagaimana kesannya selepas bercinta. Bagi mereka yang mengakhiri babak percinta ke alam perkahwinan, kita amat-amat bersyukur kerana cinta yang disemai selama ini dizahirkan dengan lafaz akad yang sah.

Namun, bagi mereka yang mengakhiri babak cinta dengan terputus di tengah jalan, bagaimana pula? Sudah tentulah perasaan kecewa, sedih, rasa jiwa kosong dan pelbagai perasaan negatif lagi muncul di benak hati nurani. Bagi mereka yang telah memperjudikan maruah kepada pasangan, bagaimana pula? Sudah tentulah tekanan perasaan yang teramat sangat. Itulah dia, masa bercinta, xingat akhirat. Bila dah jadi, baru nk taubat. Alhamdulillah, ada gak rasa nak taubat.

Tapi, kebiasaannya, bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam bercinta, sentiasa menyalahkan pasangan. Perempuan menyalahkan lelaki, lelaki menyalahkan perempuan. Itulah relaitinya apabila emosi menguasai diri. Cuba kita renungkan balik. Tidakkah anda sentiasa menggunakan "Jodoh adalah ketentuan Tuhan". Tidakkah juga anda orang Islam yang percaya kepada Rukun Iman yakni "Percaya Kepada Qada dan Qadar". Jika ya, apala salahnya anda mengambil kedua-dua ayat tersebut dan masukkan dalam kepala anda. Fikir dan nyatakanlah semua yang berlaku adalah kehendak Allah SWT.

Jadikanlah kagagalan dalam bercinta itu sebagai pengalaman. Tidak salah untuk kita muhasabah diri kita dan nilai adakah kita telah membuat yang terbaik untuk pasangan kita? Amat malang sekali kerana kita selalu perasan mengatakan kita telah membuat segala-galanya untuk pasangan kita. Padahal kita tidak pernah pun bertanya atau cuba menyelami apa yang diperlukan oleh pasangan kita. Kita juga tidak mampu untuk menembusi hati dan akal pasangan kita. Mungkin kita rasa apa yang kita buat dan bagi telah mencukupi, tapi bagi pasangan kita belum cukup. Jadi, jangan lah kita syok sendiri. Setiap manusia ada kekurangan, dan kekurangan itu boleh diatasi dengan kelebihan yang dimilik oleh insan lain.

Bagi mereka yang masih bercinta, sentiasalah bermuhasabah diri. Jangan sampai tergadai maruah diri kerana cinta. Cinta itu indah, namun keindahan itu bukan dari nafsu. Orang selalu berkata cintalah kerana hati, tapi boleh kah anda memasuki dan faham hati orang lain. Cukuplah kita menipu diri sendiri. Orang yang berpuluh tahun kahwin pun belum faham sepenuhnya pasangan mereka, inikan pulak kita yang baru berapa tahun kenal.

Tuesday, February 8, 2011

Saya Suka Perempuan Itu

AURAT


Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya  tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan denganKEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana berikut;


Nas Pertama


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}


Nas Kedua
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah  supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.



MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialahseluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.


b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.
Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.
Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.
Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.


c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.
Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.


MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.
Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.


MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.
Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).


MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya
Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.


MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar
Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).


MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)
Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut.


MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan
Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).


MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan
Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.


MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua
Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.


MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)
Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.
Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.


MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki
Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.


MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)
Haram melihatnya dengan syahwat.


MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan
Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).


MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah
Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.


MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi
Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).


MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya
Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)


MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri
Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.


b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.


c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).


MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami
Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).


MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat
Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.



b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.
Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik  lelaki dan perempuan.


c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.


d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.


e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.


f) Hukum berjabat tangan.
i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:
Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)



Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.



Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.
Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.
Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.


g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.


h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.


i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.


j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.


k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.


l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.
 

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT
Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:
1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya


2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.
Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.


3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.


4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.


5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.

b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.


6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.



b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.



c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.


7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.
Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, 


Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.


Kesimpulannya;  tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.


Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;


"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36} 


Sumber : http://www.angelfire.com/journal/suluk/aurat.html

Apa Ada Pada Tubuh Badan Lelaki?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam entiti seterusnya. Pada kali ini saya ingin berkongsi cetusan minda untuk kita sama-sama hayati dan mengambil apa yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan harian kita. Semoga entiti ini dapat mengubah bukan sahaja perspektif kita, malah peribadi kita untuk menjadi insan yang bertaqwa dan beriman kepada Allah SWT.

Seperti sedia maklum, pada setiap tubuh badan kita, terdapat nya tulang 4 kerat kita gunakan untuk membanting tulang mencari nafkah untuk menyara kehidupan kita tidak kira apa jua kerja yang kita lakukan. Namun, pernahkah kita bertanya pada diri kita apakah yang ada pada tubuh kita sehingga Islam mengarahkan bahagian-bahagian tertentu ditutup daripada pandangan orang yang bukang muhrim? Kita sering membicarakan tentang aurat wanita dan sering menyalahkan kaum wanita yang tidak menutup aurat. Di dalam laman sosial facebook, terdapat juga yang menggunakan saluran ini untuk berdakwah. Alhamdulillah...syukur kerana masyarakat kita begitu prihatin. Namun, keprihatinan kita biarlah adil kerana Islam tidak meletakkan hukum aurat ini terhadap kaum wanita sahaja.

Cuba perhatikan aurat lelaki. Terdapat 3 situasi yang perlu diambil berat oleh kaum lelaki iaitu :-


1.     Situasi pertama : Aurat lelaki bersama lelaki
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”

2.     Situasi kedua : Aurat lelaki bersama mahram
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.

3.     Situasi ketiga : Aurat lelaki bersama wanita ajnabi
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya
- iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.
- Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.

Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan saya, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sehubungan itu, saya berpendapat sudah sampai masa nya kita sebagai orang Islam mengubah perspektif ini ke arah Islam yang liberal tetapi tetap berpegang teguh kepada hukum. Tidak perlulah kita terus menyalahkan mana-mana pihak. Lebih penting bagi kita ialah sama-sama berubah. Jika kita berterusan menyalahkan orang lain dan menunggu masa untuk berkuasa, maka kita akan terus ketinggalan dalam memajukan umat kita sendiri. Sesiapa sahaja boleh bercakap dan menyalahkan orang lain, namun jika kita tidak berbuat sesuatu, maka kita lebih teruk daripada orang itu. 





Monday, February 7, 2011

Penyakit Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini mari kita cuba selami artikel mengenai Penyakit Hati yang sentiasa menyelebungi diri kita. Semoga entiti ini dapat memberikan kita sedikit masa untuk berfikir apa yang sudah kita lakukan sebelum ini, seterusnya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. "CETUSAN MINDA, MENGUBAH PERSPEKTIF"
“(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hasti mereka Dengan zikrullah”. ketahuilah Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ayat 28 Surah Ar-Ra'du)

Berdasarkan ayat 28 dalam surah Ar-Ra’du di atas, marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT, kerana zikir ini dapat memberikan ketenangan hati kepada seseorang.

Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi seseorang insan. Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri seseorang, manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan mazmumah dalam diri seseorang insan.

Rasulullah SAW bersabda;
“Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati”
(Riwayat Bukhari dan muslim)

Imam Gazali ra membahagikan atau ‘Al-Qalbu’ kepada dua pengertian iaitu;
Pertama: Hati sebagai segumpal daging yang terletak di dada sebelah kiri manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia.
Kedua: Hati dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dalam rohani yang ada hubungan dengan hati jasmani yang pertama tadi. Hati dalam erti kata yang kedua ini disebut juga sebagai jiwa dan perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan. Kebaikan yang dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya baik, sedangkan kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak dan sakit.

Penyakit hati adalah berpunca daripada sifat-sifat keji (mazmumah)yang wujud dalam diri manusia, didalangi oleh iblis dan syaitan laknattullah. Dan syaitan adalah musuh yang sentiasa berusaha untuk memiliki dan menguasai hati dan jiwa anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat. Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk memelihara hati daripada dimasuki dan dikuasai oleh syaitan.

Imam Gazali menyatakan di dalam kitab ‘Ihya’ Ulummudin ada dinyatakan bahawa hati manusia akan dapat dikuasai oleh syaitan melalui beberapa cara, antaranya;
*Perasaan Marah.
Syaitan akan sentiasa mengapi-apikan sehingga manusia sanggup melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan.

*Perasaan Hasad Dan Dengki.
Syaitan juga akan mengapi-apikan sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama manusia.
*Apabila Manusia Mengutamakan Nafsu Shawat.
Syaitan akan melalaikan manusia daripada melakukan Solat dan Zikrullah.
*Sifat Bakhil Dan Kedekut.
Penyebab kepada manusia susah untuk bersedekah dan menginfaqkan hartanya pada perkara-perkara kebaikan.
*Terlalu Tergopoh-Gapah Dan Tidak Istiqamah Dalam Berbagai-Bagai Urusan.
Bersikap fanatik terhadap perasaan sendiri dan meremehkan pendapat orang lain, kerana syaitan akan menimbulkan jalan bahawa perbuatan itu adalah benar dan menyangka ia telah berbuat kebaikan. Bersangka buruk sesama umat Islam, sentiasa berperasaan was-was dan lain-lain lagi.

Apabila hati manusia telah dapat digoda dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, maka akan timbullah pula berbagai jenis penyakit hati, antaranya:
1: Sentiasa memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu syawat dan mengenepikan tuntutan agama. Golongan ini dianggap sebagai bertuhankan nafsu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 43;
‘Terangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi penjaga (yang menjaganya supaya tidak sesat?)’
Sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak pernah pula menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan. Golongan ini sentiasa menambah dosa diri dari sehari ke sehari sehinggalah hati mereka tertutup dari menerima hidayah Allah SWT.

2. Di antara tanda hati yang sakit juga ialah apabila kemewahan dunia telah menguasai diri seseorang, maka pada saat itu ia tidak lagi mengingati kehidupan akhirat dan tidak akan berusaha untuk mendapatkannya. Rasa tamak haloba yang bersarang dalam hatinya menyebabkan ia terus mengejar kekayaan di dunia dengan apa cara sekalipun, tidak mengira halal haram sehingga sanggup melakukan penipuan, rasuah dan sebagainya semata-mata ingin menggapai apa yang dihajati daripada milik orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syara’) dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Apa yang kita lihat dikalangan masyarakat kita pada hari ini, terjadinya perselisihan faham, kekecohan, pergaduhan, perebutan kuasa dan sebagainya adalah disebabkan oleh perasaan hasad dengki dan tamak haloba yang telah bersarang di dalam hati mereka. Mereka hanya mengutamakan nafsu dan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup melontarkan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah kepada kesepaduan masyarakat umum. Akibatnya masyarakat menjadi berpecah-belah dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram. Dalam keadaan begini pun, mereka masih lagi mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi keinginan nafsu syawat mereka.

Penyakit hati yang disebabkan dari sifat-sifat Mazmumah, jika tidak diubati pasti akan merosakkan ahklak dan budi pekerti seseorang muslim. Oleh kerana itu, hati manusia yang telah sakit itu perlulah diubati segera bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling.setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, apakah ubatnya yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang telah sakit itu? Apakah dengan berhibur di pusat-pusat hiburan seperti karaoke sebagainya atau dengan menuntut filem-filem yang melalaikan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28:
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan zikrullah” ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Perlu diingati bahawa Zikrullah itu bukan sahaja di majlis-majlis tertentu, bahkan ianya hendaklah dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita inginkan sama ada kita sedang berdiri, duduk, berbaring dan sebagainya.

Sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita membersihkan jiwa kita daripada sifat-sifat Mazmumah yang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit hati. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehnya kerana dengan cara demikian kita akan dapat menundukkan perasaan tamak haloba, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati yang lain.

“Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku)”
(Al-Baqarah ayat 152)