“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"
IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan
Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada
alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan
Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.Mengikut qaul yang
lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang
beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah
Taala.
IMAN ILMU Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang
telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari
Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.Iman dan keyakinannya
berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan
dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang
atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman
Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka
kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak
mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat
menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.
IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang
beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di
hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa
mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran
Allah Taala.Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya. Semua
perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.Ia
terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan
manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa
mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di
peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk
Syurga.
IMAN HAQ Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata
hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan
kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa
takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati
Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada
Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat
dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.Mereka yang beriman
'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir
dengan-Nya.
IMAN HAKIKAT Inilah peringkat iman yang paling
sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa'
ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah
Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik
dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300
rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling
terpuji. Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka
berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga
yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu
sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar
semata-mata kerana Allah !
Di manakah tahap keimanan kita
?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan
keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan
bersungguh-sungguh,iltizam dan istiqomah.Berbahagialah dengan berita
gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :
Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih
hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika
kamu orang-orang yang beriman.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."