“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Thursday, January 19, 2012

TaKuT



TAKUT - satu perkataan yang ringkas tapi memberi kesan emosi yang mendalam pada setiap manusia. Takut digambarkan dengan memek muka yang buruk dan perasaan dalaman yang berdebar-debar. Semua org merasai dan mempunyai perasaan takut. Ada org takut kepada kematian, kebenaran, takut apabila melakukan kesalahan, dibunuh, ditipu, hantu dan pelbagai lagi.

Tapi, bagi orang Melayu Islam khasnya dan Islam secara keseluruhannya, perasaan takut dan gerun selalunya berpaksikan kepada takut kepada Allah semata-mata dan tidak perlu takut kepada benda lain. Betulkah pernyataan ini?

Pendapat saya yang jahil ini amat mudah bersandarkan kepada pemerhatian dan penilaian saya terhadap keadaan sekeliling dan sifat semula jadi manusia. Org Melayu sudah dididik dan ditanam dengan nilai Islam sejak di dalam kandungan lagi dengan zikir-zikir dan apabila dilahirkan di azankan. Apabila dibesarkan, kita diajar supaya takut hanya kepada Allah SWT dan jgn takut kepada sesuatu yang lain. Alhamdulillah, bagus la begitu.

OK, mari kita berfikir sejenak. Tidakkah setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi adalah percaturan Allah SWT? Jika rakan-rakan sependapat dengan saya, tidak salah la bg kita untuk takut kepada sesuatu yang lain disebabkan semuanya adalah percaturan ALLAH, asalkan perasaan takut itu tidak melebihi perasaan takut kepada Allah SWT.

Orang kita ni sebenarnya suka memperingati antara satu sama lain walaupun dia sendiri tidak mampu membuat sesuatu yang disebutkan itu. Kenapa saya kata begitu? Cuba tanya diri sendiri, ape perasaan kita apabila berhadapan dengan penjenayah atau pun hantu? Mestilah takut kan? Jadi, di mana kita hendakmeletakkan keberanian kita berhadapan dengan penjenayah atau hantu (jika diambilkira dgn nasihat jangan takut kepada benda lain selain ALLAH)?


Dalam konteks ini, masyarakat kita telah menggunakan kebiasaan dalam fakta tanpa mengambil kira realiti kehidupan sebagai jalan mudah untuk dilihat baik dan beriman. Sebenarnya, mahu atau tidak, perasaan takut itu memang wujud dalam setiap diri kita kerana kita diciptakan oleh Allah mempunyai hati dan perasaan. Cuma, perasaan yang wujud itu samada takut, marah, sayang atau perasaan-perasaan lain hendaklah diwujudkan tidak melebihi perasaan kepada Allah SWT kerana DIA sahaja yang paham keadaan kita dan boleh memberi dan menerima apa kehendak kita.

Kita sebagai manusia amnya dan masyarakat yang terdidik dengan budaya Islam tidak sepatutnya menghalang seseorang itu untuk merasa takut. Jika hendak menghalang sekalipun, cukuplah sekadar menasihati agar ketakutan itu tidak melebihi ketakutan kita kepada Allah SWT.



No comments:

Post a Comment