“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Wednesday, January 18, 2012

Ingat Sihat Sebelum Sakit - 1 Daripada 5 Perkara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat. Kita tentunya biasa mendengar lagu kumpulan Raihan bertajuk "Demi Masa" yang mana lagu tersebut mahu kita sentiasa ingat kepada 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. 5 perakara tersebut adalah :

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati


Dalam kita mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini, jangan lah sesekali kita lupa kepada 5 perkara ini. Sy sangat insaf terhadap 5 perkara ini setelah apa yang berlaku terhadap diri saya sendiri. Allah telah memberi ujian kesihatan kepada saya.

Selama bertahun-tahun saya merasa sakit, saya menahan kesakitan itu dengan menempuhi kehidupan seperti biasa kerana pada anggapan saya, kesakitan yg saya alami itu ada kesakitan yang biasa. Peringkat permulaan, saya merasakan itu hanyalah sakit urat biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja disebabkan kerja-kerja berat yang dilakukan.

Namun, setelah sekian lama menahan kesakitan yang amat perit, dan paling teruk saya tidak mampu berdiri lama seperti orang lain dan duduk hanya perlu bersandar pada sesuatu yang keras, saya mengambil keputusan untuk mendapat rawatan tradisional. Pada masa yang sama, hendak memikul beg yang berisi laptop atau pakaian pun saya tidak mampu. Tapi, tiada sapa yang tahu seksa yang saya alami. Kawan-kawan hanya mengherdik saya kerana tidak mampu memikul beg walaupun beg berisi pakaian (semasa mendaki gunung kinabalu).

2 kali saya mendapatkan rawatan secarat tradisional, iaitu kaedah urut tradisional dan bekam, namum hasilnya tidak seperti diharapkan. Kesakitan yang saya alami tiada perubahan, saya masih tidak selesa untuk berdiri lama dan duduk tanpa bersandar.

Sehinggalah pada bulan November 2011, saya menghubungi agen insurans yang juga sahabat saya, Ardi Jafni Daros (Insurans Allianz) untuk mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau telah membawa saya berjumpa doktor Pakar Pembedahan Am, Dr Doshi. Setelah pemeriksaan rambang dilakukan, doktor mengatakan bahawa kemungkinan saya ada batu karang di bahagian hempedu yang membengkak. Jika betul, pembedahan terpaksa dilakukan dan hempedu tersebut perlu dibuang. Namun, keadaan waktu itu menghalang pembedahan dilakukan kerana saya terlibat dengan Kursus Pegawai Memerintah Muda di Kuantan dan Lumut. Jadi, jadual pertemuan telah diaturkan kepada bulan Januari 2012.

Sebelum berjumpa doktor pakar tersebut, saya juga pernah ke Hospital Besar Tawau, namun doktor yang merawat saya memaklumkan hanya sakit biasa sahaja tanpa membuat pemeriksaan lanjut.

Pada bulan 13 Januari 2012, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut sepertimana temujanji yang telah dibuat pada bulan November 2011. Walaupun bos di tempat kerja tidak membenarkan pemergian saya atas alasan hospital swasta hanya inginkan keuntungan dan saya perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, saya tidak mempedulikan larangan tersebut dan permohonan cuti saya dilulukan oleh bos no 2.

Pada 14 Januari 2012, saya telah mendapatkan rawatan sekali lagi di Hospital Putra, Melaka di bawah Dr. Doshi, beliau sekali mengesyaki saya ada penyakit batu karang, gastrik dan appendix. Saya ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. 15 Januari, saya diperiksa dengan teliti oleh pihak hospital dengan pelbagai cara termasuklah X-Ray, Scan, Ultrasound (ahad) dan juga menggunakan Scope (Isnin). Hasilnya, sahlah bahawa saya ada penyakit appendix dan gastrik yang teruk.

                                                 Gambar sebelum ke bilik pembedahan

Maka, pada 15 Januari (Isnin), saya terus dibawa ke bilik pembedahan untuk melakukan pembedahan membuang appendix yang menyebabkan saya menanggung kesakitan bertahun lamanya. Lebih kurang 2jam (12.30 t/hari - 2.30 ptg) dalam bilik pembedahan, saya tidak sedar langsung dengan apa yang doktor lakukan kerana ubat bius yang terlalu kuat, akhirnya saya sedar lebih kurang jam 4 petang.

                                              Kesan pembedahan (ditebuk 3 tempat) di perut

Melihat kepada keadaan saya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan saya ujian seberat ini.Saya menginsafi kejadian ini. Saya dapat simpulkan apa yang berlaku kepada saya hari ini kepada beberapa bentuk iaitu :
a) Menganggap ini semua adalah ujian Allah kepada hamba-NYA tidak kira dengan apa cara sekalipun.
b) Menganggap ujian ini sebagai proses meningkatkan Iman saya dan sahabat-sahabat yang lain.
c) Proses menghapuskan dosa-dosa yang telah saya lakukan sebelum ini.
d) Supaya kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.
e) Mengingatkan saya kepada nasihat "Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara" supaya kita terus bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita yakini, kesihatan, muda, kekayaan, kelapangan dan juga kehidupan.
f) Proses mengenali siapa itu kawan, siapa itu sahabat.

Saya mengambil peluang ini untuk memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang kehidupan dan terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat-sahabat yang datang melawat terutamanya Amirullah Isa (sepupu) dan bakal mentuanya, Kartini dan suami (sepupu), Aidil Azhim (sahabat perjuangan dalam Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar Polimas) dan juga agen insurans saya Ardi Jafni Daros (Allianz Insurans). Tidak lupa juga kepada rakan-rakan facebook yang tidak putus-putus mendoakan pembedahan dan kesihatan saya baik.

Paling penting, ibu bapa,  adik-beradik dan saudara-mara yang berada di kampung dan seluruh pelusuk Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan saya. Saya tidak mampu membalas, cuma saya mampu berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada semua yang mendoakan saya.

Yang penting, jangan sesekali kita melupakan Pencipta kita, ALLAH SWT.

"INGATLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA"






Wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.....

No comments:

Post a Comment