“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Sunday, July 24, 2011

Kenape perlu ditanya soalan itu?

Awk dah kawen?
Bila nk kawen?
Jangan kawen org jauh2 sgt, susah nk pegi.

Itulah soalan-soalan yg sering ditanya oleh makhluk bumi berbangsa melayu. Aku cukup benci dgn soalan macam tue. Kenape perlu ditanya dan sibuk sangat sal status seseorang. Adakah dah xde modal nk sembang atau dh terbiasa dgn adat budaya melayu lama? Mgkn jg dh jd tabiat org2 kita nk menyibuk sal status seseorg dan memudahkan buat citer2 negatif.

Yg paling aku benci bila ada org tanya aku "awk dah kawen ke belum?" Bila aku jawab "belum dan saya masih single, xde awek". dia xpecaya pulak. Kalo x pecaya, jgn tanya. buat penilaian sendiri, tanya sendiri dan jawab sendiri.

Ada pulak yg jenis pecaya aku x kawen. tp suka buat statement " awk memilih kot". Apesal la bodoh sgt statement? jd korang x memilih ke dalam mencari pasangan hidup? Aku rasa kalo korang nk beli selipar yang nak pakai kat kaki pun korang pilih, ni kan pulak pasangan hidup, yg korang nk guna sepanjang hayat korang. So, statement mcm tu xpyh la ckp kat aku. Ko pun lebih kurang jew. Nk menasihat org, tgk n nilai diri tu dulu. Bukan aku xleh terima teguran dan nasihat. Tp kena tgk diri sendiri dulu la. Jgn suruh org lain buat kalo kita sendiri xmampu. Jgn nk ajar org lain jgn memilih kalo kita sendiri pun memilih.

Please la jgn sibuk sgt sal jodoh aku. Tuhan dh tentukan jodoh aku dgn sape n bila. So, korg xyah jd lebih bijak dari Tuhan.

Ni satu jenis manusia lg aku nkbgtau. Bila org lain ada masalah, dtg la dia dengan niat yg ikhlas, suci murni n xde perasaan malu. Agaknya masa kecik nk jd pakar motivasi, tp akal pendek, jd la pakar moti-basi. Kalo org ada masalah, xpayah la dtg dengan sekadar nk bg nasihat yang pendek dan ringkas tanpa ada apa2 maksud yg boleh mententeramkan org ada masalah tu. Ayat nya mcm ni la "sabar la awk". Huh.. menyampah betul aku dengar perkataan tu.  wei...kalo org xsabar, dh mcm2 hal jadi tau. Sbb sabar la org xbertindak di luar kawalan manusia. Kalo org cmni dtg kat aku, memang aku hilang sabar n hempuk muka kat atas tar jela.

Kalo kita nk jd pakar motivasi atau dengan kata lain nk membantu meringankan masalah seseorang tu, carila idea dan ayat2 yg boleh merangsang minda dan memberi semangat kat orang. Kalo sekadar bg ayat "sabarlah", ape impak yg masuk dlm kepala org bermasalah tue? bg aku xde pape laa...

tu la masalah org kita, nk menyahut seruan agama, tp xpaham. Dalam Islam, memang ada seruan utk mententeramkan org bermasalah dengan menyabarkan org tu. Islam x suruh pun cakap "sabarlah". Islam cakap MENYABARKAN, yakni menggunakan apa2 perkataan yang boleh mendorong seseorang tu bertindak ke arah positif dengan kewarasan akal fikiran yang baik tanpa melakukan perkara-perkara di luar kawalan manusia. FAHAM?

Mungkin penulisan kali ni agak kasar, tp lupakan yg negatif, ambik yg positif. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT dan diberikan akal yang cerdas.

No comments:

Post a Comment