“Aku Adalah Pengejar Syurga Akhirat, Bagiku Dunia Ini Adalah Tempat Mempersiapkan Segala Sesuatu Untuk Meraih Syurga Akhirat. Aku Yakin Bahawa Syurga Akhirat Tidak Akan Pernah Dapat Aku Raih Kecuali Aku Boleh Menikmati Syurga Dunia Terlebih Dahulu"

Tuesday, July 26, 2011

Aku Yang Sempurna

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal sempurna.


Tepat jam 11.19 malam 25 Julai 2011 datang lak idea nk menulis tentang kesempurnaan. Selalu kita dengar dan kita baca tentang kesempurnaan bila mana seseorang itu menghadapi masalah. Ramai yg kata "manusia mana yang sempurna" atau "manusia tak sempurna" atau "saya hanya manusia biasa, tak sempurna". 


Iya, saya akui semua tu. Memang Allah menjadikan kita manusia tak sempurna. Tapi pernahkah anda fikir kenapa Allah menjadikan kita tidak sempurna. Ramai yang tahu menggunakan ayat tue, sedangkan tidak pernah berfikir kenapa. Ramai yang guna ayat tue untuk sedapkan hati dan sebagai motivasi kepada kawan yang mempunyai masalah.


Kenape Allah menjadikan kita tidak sempurna?


Saya hanya bagi pendapat tanpa menggunakan apa-apa hadis supaya saya tidak dilihat poyo k. Saya nk sahabat-sahabat saya berfikir macam saya. Saya tidak pandai sangat untuk mengolah menggunakan hadis. Mintak maaf sangat-sangat. Tapi dengan akal yang Allah bagi, Insya Allah, saya akan gunakan sebaiknya untuk meluahkan isi hati dan idea-idea yang tidak lari dari susur galur yang digariskan oleh Islam. Insya Allah... Sahabat-sahabat sekalian berhak menegur jika saya telah jauh terpesong dari segi akidah dan akhlak sebagai seorang muslim kerana "saya juga tidak sempurna". Sebab itulah saya memerlukan rakan-rakan untuk menyempurnakan apa yang kurang dalam diri saya. 


Contoh paling senang saya akan bagi. Jika tuan puan beragama Islam tuan puan mesti tahu bagaimana kehidupan dan sejarah Nabi Adam a.s. Nabi Adam diciptakan oleh Allah seorang diri di dalam syurga. Namun, Nabi Adam rasa tidak sempurna kerana tidak mempunyai pasangan lalu memohon kepada Allah agar diberikan pasangan. Maka Allah menciptakan pula Hawa. 


Begitulah juga kehidupan kita. Bagi mereka yang hidup membujang, pastinya rasa tidak sempurna tanpa pasangan hidup yang boleh dijadikan tempat untuk berkongsi masalah, suka duka, susah dan senang. Maka, berkahwinlah tuan puan dengan pasangan masing-masing dengan izin dan ketentuan Illahi. Namun, apabila berkahwin, tuan puan rasakan kehidupan tuan puan belum juga sempurna tanpa kehadiran cahaya mata. Maka, tuan puan akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan cahaya mata dan begitulah tatacara kehidupan manusia sejak dahulu sehingga sekarang. Walau macam mana pun kita buat, kita tetap akan rasa tidak sempurna.


Sebelum saya mengulas lebih lanjut kenapa kita tidak pernah merasa sempurna, saya akan memberi contoh yang kedua pula. Tuan puan pastinya sudah biasa membuat sesuatu pekerjaan. Dengan perancangan yang baik, tuan puan merasa semuanya akan berjalan lancar tanpa ada cacat cela. Namun, apabila tiba waktunya kerja itu dilaksanakan, maka berlakulah sesuatu yang di luar jangkaan. Di sini, ada dua benda yang kita boleh ambil iktibar. Pertamanya "sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT" dan keduanya sebaik mana pun perancangan kita, jika kita tidak menggunakan idea dan pertolongan orang lain, maka hasil yang kita dapat adalah tidak sempurna dan sebaik jika dilakukan secara berama-ramai.


Kenapa kita tidak pernah rasa sempurna?


Baiklah. Sehebat mana perancangan kita pun, mesti kita akan rasa tidak puas dan sempurna dengan apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Pernahkah kita terfikir bagaimanakah kita jika diberikan kesempurnaan yang maksimum? Pendek kata, semua cukup. Tuan puan mesti sedar dan insaf dalam diri manusia mempunyai ego walaupun sedikit. Ditambah pula janji syaitan kepada Allah bahawa mereka (syaitan) akan terus menghasut dan menyesatkan manusia, bagaimanakah akan jadi kepada manusia apabila sempurna? Jawapannya ada dalam diri kita semua. Tapi takpe, saya akan jelaskan. 


Jika semua ini berlaku, sudah tentunya manusia akan berjalan mendongak ke atas, sentiasa mendabik dada, sombong, ego, riak, takbur dan macam-macam lagi perkara negatif akan berlaku. Mungkin juga akan merosakkan aqidah dan akhlak seorang muslim. Tidakkah Islam mengajar kita mengamalkan cara hidup wasatiyyah (kesederhanaan)? Dan kesan paling besar dalam Islam adalah manusia akan mengamalkan hidup pentingkan diri sendiri dan tidak mahu menerima pandangan dan nasihat orang lain. 


Dengan sedikit kelebihan yang ada dalam diri kita sekarang pun kita sudah berlagak dan ego, bagaimana jika kesempurnaan itu diberikan 100%? 


Dengan alasan itulah, saya berpendapat Allah menjadikan manusia dengan pelbagai kekurangan dan kelebihan agar manusia dapat hidup dan saling memerlukan antara satu sama lain. Jika tidak, Nabi Adam a.s tidak memerlukan pasangan semasa di syurga. Kita juga tidak mendambakan cinta pada orang orang lain. Semua kerja dapat dilaksanakan tanpa bantuan orang lain. 


Semoga, dengan penulisan ini dapat membuka minda kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Jangan kita terlalu galak menggunakan ayat-ayat tanpa kita berfikir. Saya dengan rasa rendah diri menyeru diri saya dan tuan puan agar tidak lagi menggunakan ayat "manusia tidak sempurna" kerana itu sudah nyata dan hakiki. Berfikirklah dengan akal yang Allah bagi. 


Akhirkata, dalami lah ayat ini sebaik-baiknya "Jangan terlalu mencari kesempurnaan, tapi berusahalah untuk menyempurnakan".


Wasalam

No comments:

Post a Comment